Selasa, 21 Julai 2015

JUJUR ASAS KEJAYAAN

Kejujuran di dalam diri merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan individu dalam kehidupan dan organisasi.

Sifat ini perlu menjadi pegangan utama kepada sesiapapun yang dalam merencanakan bisnesnya untuk mencipta lebih kejayaan melalui perniagaan sabun hingga ke peringkat global.

Sifat kejujuran adalah asas penting yang perlu ada dalam diri sebelum individu itu melangkah dengan lebih jauh dalam menghasilkan pelbagai kejayaan yang dingini. Dengan memiliki dan mengekalkan di dalam diri sifat keperibadian yang mulia iaitu kejujuran dapat meyakinkan mereka yang akan mengabungjalinkan idea dan tindakan yang akan menjurus kepada kejayaan.

Rabu, 1 Julai 2015

PERSEDIAAN UNTUK ELAKKAN SITUASI MUDAH MISKIN

Hari ini jika anda mempunyai pekerjaan, bererti anda ada mempunyai sumber pendapatan tetap. Dengan pendapatan daripada penggajian, anda merancang dan membiayai segala keperluan perbelanjaan kos tetap anda. Andai kata, esok atau bulan depan atau dua tiga bulan lagi atau tahun depan ataupun pada bila-bila masa anda tidak lagi bekerja atau diberhentikan. Berapa  lama anda boleh bertahan dengan simpanan yang anda ada?


Itu kalau anda ada menyimpan lebihan. Apa halnya jika gaji yang diperolehi selama ini hanya sekadar cukup makan dan banyak juga bil-bil yang masih tertunggak, kredit kad, dengan tayar dan kereta yang juga perlu diservis. Mungkin hutang itu akan hanya sedikit berkurang tatkala anda mendapat bonus pada akhir tahun yang juga tidak mampu membawa anda dan keluarga untuk pergi melancong.

Dibuang atau diberhenti kerja tidaklah mengejutkan jika anda telah bersedia untuk menghadapinya. Ini dapat diketahui melalui maklumat bahawa perkara itu akan dijalankan tidak lama lagi. 

Biasanya terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat oleh pekerja bahawa pembuangan pekerja akan dilakukan. Sebagai pekerja, anda boleh melihat sesuatu yang tidak kena seperti sebelum ini; mungkin terdapat semakin kurang kerja kerana permintaan yang semakin merosot untuk produk yang dikeluarkan. 

Adakah syarikat itu sedang membuat pengambilan pekerja atau telah menghentikannya? Jika kerja semakin perlahan dan permintaan semakin merosot ia bukanlah tanda yang baik. 

Jika syarikat mendapat keuntungan yang sedikit atau berada dalam keadaan bahaya anda boleh menjangkakan dengan meneliti angka jualan, kos dan keuntungan. 

Langkah pemotongan kos juga menunjukkan syarikat bermasalah seperti pembiayaan sepenuhnya untuk percutian kakitangan. Pemotongan kos juga mungkin termasuk pengurangan tenaga kerja. 

Jadi sebenarnya terdapat banyak tanda yang boleh anda jadikan iktibar yang menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan syaritkat itu. Kadangkala tandanya lebih jelas dalam jabatan tertentu. Sebagai contoh, bahagian jualan dan pemasaran akan merasakannya terlebih dulu sebelum bahagian pengeluaran. 

Mereka yang berada di jabatan perakaunan akan mengetahui bagaimana buruknya situasi itu. Anda perlu bercakap dengan teman anda di jabatan lain untuk mendapat maklumat mengenai situasi kewangan syarikat.

Semua cabaran dan kemungkinan ini tidak akan mampu mengugat kestabilan ekonomi apabila anda mempunyai ilmu dan kemahiran yang boleh menjana pendapatan. Apalah sangat yang perlu anda takutkan untuk mendapat maklumat yang berharga ini. Sediakan payong sebelum hujan. Biarlah anda tahu cara membuat sabun.