Selasa, 21 Julai 2015

JUJUR ASAS KEJAYAAN

Kejujuran di dalam diri merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan individu dalam kehidupan dan organisasi.

Sifat ini perlu menjadi pegangan utama kepada sesiapapun yang dalam merencanakan bisnesnya untuk mencipta lebih kejayaan melalui perniagaan sabun hingga ke peringkat global.

Sifat kejujuran adalah asas penting yang perlu ada dalam diri sebelum individu itu melangkah dengan lebih jauh dalam menghasilkan pelbagai kejayaan yang dingini. Dengan memiliki dan mengekalkan di dalam diri sifat keperibadian yang mulia iaitu kejujuran dapat meyakinkan mereka yang akan mengabungjalinkan idea dan tindakan yang akan menjurus kepada kejayaan.


Kepercayaan adalah faktor utama dalam melakukan setiap perniagaan yang melibatkan khalayak umum sekaligus dapat menjana sumber rezeki didalam kehidupan. Apabila orang melihat dan berkeyakinan dengan nama baik kita maka orang akan sanggup memberi sesuatu kepada kita atas nama kita. Andaikata untuk sesuatu yang kecilpun kita sanggup menipu maka sudah pastilah kita tidak akan berjaya dalam apa jua bidang pun.

Dengan memiliki keperibadian yang mulia ini segala urusan yang dilakukan melibatkan pihak kedua mahupun ketiga akan dilakukan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang kesulitan dan kesan buruk terhadap diri sendiri mahupun organisasi. Rahmat tuhan hanya akan turun kepada mereka yang berpegang kepada sifat jujur dan ikhlas.

Sifat jujur penuh keikhlasan ini akan membantu seseorang individu itu lebih berdisiplin dan melakukan sesuatu perbuatan itu dengan telus serta tidak bercanggah dengan mana-mana pendapat dan seharusnya menjadi pegangan utama terhadap seseorang individu terutamanya golongan ahli perniagaan, sekali kita berbohong atau mungkir janji maka selama itulah ianya akan menjadi ketulahan dalam apa jua usaha kita yang lain pun.

Kejujuran dan menunaikan janji adalah kunci kepada kejayaan yang akan datang berikutnya dari arah yang mana satu tanpa kita duga dalam membantu laluan kita untuk menempa kejayaan yang tidak ternilai harganya.


Percayalah bahawa Allah hanya akan memberi kejayaan hakiki hanya kepada insan yang terpilih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan