Isnin, 26 Disember 2016

Anda Berminat Tapi Anda Sengaja Membiarkan



Mungkin kini anda sedang berkata di dalam hati, "Tidak mengapalah, saya akan dapatkan ebook ini nanti". Kemudian, anda akan meninggalkan blog ini dan meneruskan kerja-kerja seharian anda.. akhirnya, anda lupa tentang blog ini dan masalah anda untuk mencapai impian anda, terus menghantui fikiran anda tanpa ada jalan penyelesaiannya.

Apabila anda tiba di sini kerana suatu pencarian kerana anda ingin mencari jalan keluar bagi satu permasalahan. Lalu anda abaikan jawapannya.

Kini, masalah anda berulang kembali, setiap hari, hati anda akan merasa gelisah dan tidak henti-henti memikirkan, bagaimanakah caranya hendak mencari duit untuk memenuhi impian anda... masalah yang sama kini kembali ke fikiran anda dan terus menerus menganggu fikiran anda berulang-ulangkali.


Isnin, 19 Disember 2016

MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN KEMAHIRAN



Pelajari bagaimana anda boleh memulakan usaha untuk membuat sabun dan menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Meskipun ramai orang mempunyai idea yang sama mencari sumber pendapatan tetapi kreativiti anda untuk mendapat keuntungan lumayan melalui sabun akan terserlah apabila anda telah mula membuatnya.

Yang membezakan anda dari orang lain apabila anda mampu berfikir tentang pemasaran yang kian berkembang. Adakah anda hanya sekadar bercadang untuk membuat sabun tetapi tidak berusaha menjadikan ianya realiti?

Semuanya akan berterusan dan harapan anda membina kerjaya mestilah anda, mempunyai ilmu tentang membuatnya.

Kenyataannya, seseorang akan hanya dapat membeli sabun yang anda keluarkan setelah anda membuatnya. Nampaknya ungkapan ini seperti suatu gurauan tetapi mana mungkin anda boleh memasarkan produk sabun anda jika anda tiada pengetahuan untuk membuatnya.

Luangkan masa untuk belajar bagaimana membuat sabun sangat cantik dan menarik. Hal ini tidak sukar dilakukan, tapi ianya memerlukan latihan. Dapatkan maklumat yang tepat dan lakukan amali. Anda akan memerlukan alat asas, tetapi untuk membuat sabun anda perlu memiliki hobi pada asasnya.

Sabun anda dengan haruman, warna dan yang menjadi asetnya ialah jenama produk anda.

Siapa tahu sabun buatan anda akan menguasai pasaran sabun dunia.

Bermula langkah pada hari ini akan membuatkan anda berada jauh ke hadapan. Dapatkan pengetahuan dan rahsia ini yang tentunya membezakan anda dari orang lain. Jika anda tidak mahu membuatnya sekarang, anda boleh bermula pada bila-bila masa dan yang paling penting anda ada pengetahuan untuk memulakannya.


Isnin, 5 Disember 2016

Masanya untuk menambahkan pendapatan.

Pada sesetengah pengguna, sabun buatan sendiri adalah jauh lebih hebat.

Jika dibandingkan dengan sabun buku yang dibeli.

Sabun buatan sendiri mampu mengekalkan bahan semulajadi seperti gliserin dan pelembap, kedua-duanya membantu mencegah kulit anda daripada menjadi kekeringan atau gatal.



Jika anda membuat sabun, anda boleh memilih bahan yang benar-benar berkualiti untuk diletakkan ke dalam formula sabun anda; ini amat berguna kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, alahan atau kebimbangan mengenai kandungan bahan kimia.  

Kemahiran membuat sabun, akan memberikan anda suatu kelebihan untuk membuatnya bagi kegunaan sendiri atau sebagai sumber baru untuk anda menambahkan pendapatan dengan jayanya.

Semoga anda berjaya.

 

Jumaat, 2 Disember 2016

Menambah Pendapatan Tanpa Risiko

Gunakan masa yang ada untuk menghasilkan produk sendiri yang eksklusif. Membuat sabun ketul berjenama sendiri tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana untuk membuat kilang. Tetapi sabun jenama yang popular dan dihasilkan di kilang adalah bermula dengan komitmen setelah memulakannya secara kecil-kecilan.

Masa terluang yang anda ada harus dimanfaatkan untuk sesuatu yang memberikan pulangan. Banyak perkara boleh dibuat, ianya bergantung kepada minat anda. Minat juga harus dipupuk dan ditambahbaik ilmunya.

Jika anda ke pasar malam, hampir semua perniagaan sudah ada. Untuk menjadi jutawan pasar malam, anda harus mempunyai produk baru. Tak perlu semua orang jual ayam goreng, karipap atau mee rebus. Mulakan idea baru anda. Jika anda telah ada IDEA yang lain, maka teruskanlah idea anda itu. Saya hanya memberikan cadangan.


Anda mungkin punya idea yang lebih baik untuk mempamerkan produk sabun ketul anda.


Tetapi jika anda belum ada lagi, suka saya cadangkan kepada anda untuk membuat sabun sendiri pelbagai warna, corak, bau wangian atau ramuan herbanya. Cara pembungkusan yang menarik. Nah, cetak saja JENAMA sabun anda.


Selasa, 29 November 2016

Sesuatu Yang Berharga Ada Di Sini

Terima kasih kerana anda telah berkunjung ke blog ini. Sama ada anda hadir untuk mendapatkan maklumat atau tiba secara kebetulan saya ingin dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika anda sememangnya mencari ilmu untuk membuat sabun, semoga anda berjaya mendapatkan manfaat di sini.


Tetapi jika anda secara kebetulan datang ke blog ini, mungkin ini antara klu kejayaan masa depan anda. Ilmu membuat sabun, sememangnya ianya adalah ilmu yang tidak ternilai harganya dan amat bermanfaat untuk anda mengetahui cara untuk membuat sabun kerana kita semua adalah pengguna.

Sejak beribu tahun orang Mesir Purba telah membuat sabun bagi kegunaan untuk membersih. Amat malang, jika ilmu yang bukan rahsia besar itu tidak diambil peduli oleh kita semua. Mungkin anda tidak menyedari bahawa telah banyak pembaziran bahan mentah atau kos yang dibayar hanya kerana anda tiada pengetahuan dalam bidang yang patut diketahui.  

Kalau dalam sampah pun masih ada barangan berharga, tentunya banyak lagi perkara berharga dalam timbunan ilmu. Sebagai contoh, bagi pelombong timah tradisional yang menggunakan dulang untuk mendapatkan timah akan terlepas pandang kandungan emas yang turut terdapat di dalam timah yang diperolehi daripada aktiviti mendulang tersebut. 

Tetapi bagi pembeli bijih timah itu, selain timah dan adakalanya emas yang terdapat dalam bijih timah itu jauh lebih tinggi harganya. 

Negara kita mempunyai bahan mentah seperti minyak kelapa sawit. Bahan eksport ini telah dimanfaatkan oleh pengimport luar negara dalam menghasilkan pelbagai produk seperti gliserin, vitamin A dan termasuklah menghasilkan sabun berjenama. 

Untuk membeli sabun berjenama, kita sanggup membayar pada harga yang mahal. Maka, mengapa kita tidak membuat sabun sendiri yang mengadungi gliserin dan pelembab semulajadi.

Anda juga boleh membuat sabun dengan wangian pilihan anda, yang bahan-bahannya anda tidak tahu sumbernya. 

Mungkin tidak anda menyedari selama ini anda menjadi pengguna pada setengah bahan tertentu yang subahah dan tidak sesuai dengan anda. 

Pelajarilah cara membuat sabun, ilmu ini dapat dimanfaatkan. Jika anda tidak membuatnya sekarang, anda boleh melakukannya pada masa depan. 

Ahad, 27 November 2016

Jadilah Orang Hebat Yang Mencipta Peluang...

Dapatkan E-Book

“Jadilah orang hebat yang mencipta peluang, kerana dengan menunggu peluang anda menjadi orang yang semakin lemah. ” itulah ungkapan yang sering diungkapkan oleh pakar motivasi bila mana menyampaikan pidatonya dengan merujuk kepada Orison Swett Marden yang berkata menyarankan kita mencipta peluang.

Banyak pembahagian peluang yang dapat kita kategorikan tetapi maksudnya hanya membawa kepada satu iaitu satu bentuk elemen yang bisanya akan muncul tanpa dirancang. Peluang jika direbut akan menyebabkan ada orang lain yang tidak mendapatnya, bererti jika kita mendapatnya akan ada orang lain yang terlepas untuk mendapatnya. Maka, sebagai orang hebat kitalah yang perlu mencipta peluang itu.

Penciptaan peluang itu akan memberi manfaat kepada ramai orang. Contohnya; jika anda membuka sebuah kilang, akan ada orang yang dapat bekerja di kilang anda dan akan lahir satu peluang untuk orang lain memulakan bisnes warong berhampiran kilang anda atau mereka mendapat peluang untuk mengurus kantin di kilang anda. Produk yang dikeluarkan di kilang anda memerlukan bahan mentah.


Ini memberi peluang kepada pembekal untuk mendapat peluang dari anda. Pekerja kilang mungkin memerlukan pengangkutan untuk berulang-alik. Ramai yang mendapat manfaatnya. Orang yang hebat sentiasa melahirkan peluang, dan peluang itu ibarat sepohon pokok yang banyak ranting dan mengeluarkan banyak buah pada setiap rantingnya. 



Membuka sebuah resort atau pusat beli belah di dalam ceruk hutan yang tidak nampak logik sebenarnya pada pandangan seorang usahawan ianya akan mampu memberi peluang kepada ramai orang. Ramai orang yang secara tidak langsung pula akan merebut peluang yang terhasil daripada penciptaan peluang itu. Kita perlu menyedari bahawa peluang perlu diciptakan dan bukannya hanya menunggu peluang itu tiba dengan sendirinya. 



Sekarang, dengan minda kurniaan illahi ini hendaklah diguna dengan bijak untuk anda mencipta peluang. Yakinlah, insyaAllah peluang itu akan terbuka dengan seluas-luasnya dan kita sendiri yang perlu membuat keputusan sama ada berani berdepan dengan segala kemungkinan atau pun tidak. Peluang hanya akan tercetus bila mana anda meninggalkan apa saja perkara yang tidak perlu dan sia-sia. Gunakan masa dan kesempatan yang anda ada untuk mencipta peluang. 



Mungkin anda masih keliru, tetapi dengan niat yang ikhlas, berkat kesungguhan dan kesabaran anda akan berjaya untuk mencipta peluang yang bakal memberi manfaat kepada ramai orang. Pintu kepada penciptaan peluang ialah bila mana anda mempunyai kencenderungan mencari ilmu untuk menjadi seorang usahawan berjaya, anda terus membina rangkaian persahabatan. Hubungkan silaturahim dengan waris, sanak-saudara, sahabat taulan.

Bayangkan jika anda jadikan sabun sebagai produk anda, produk sabun lebih bertahan lama dari projek pembuatan makanan tetapi apa yang penting adalah minat anda.



Gabungjalinkan rakan-rakan anda sejak di bangku persekolahan sehinggalah anda mencapai umur sekarang. Jika anda mempunyai sahabat yang ramai dan ditambah pula anda yang mempunyai peribadi yang mulia. Nah, produk yang anda hasilkan pasti akan mendapat pengiklanan tanpa berbayar. Itu baru 1,000 orang sahabat tak termasuk lagi saudara mara, dan kalau anda ada 5,000 orang atau 50,000 orang. Wow…


Sabtu, 26 November 2016

Membuat Sabun Homemade Dengan Mudah



Sabun homemade biasanya menggunakan sabun asas yang diperbuat daripada minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak sawit yang kaya dengan vitamin.

Anda boleh membuat sabun homemade dengan mudah yang dirumus menggunakan bahan semulajadi untuk kegunaan sendiri.

Minyak-minyak dari sumber semulajadi ini membantu mereka yang mempunyai kulit sensitif dan juga menderita penyakit kulit seperti jerawat, psoriasis, eczema dan masalah kulit kering. Penggunaan sabun biasa akan menyebabkan kulit anda akan jadi kering dan kasar.

Bagi sesiapa yang mementingkan penggunaan bahan organik, sabun buatan sendiri adalah alternatif bagi masalah sensitif pada kulit. Bahan-bahan semulajadi dalam sabun homemade atau sabun buatan sendiri akan menjadikan kulit lebih halus, lembut dan lembab tanpa rasa gatal, mengelupas atau kering.

Ini kerana sabun homemade dibuat dalam kuantiti bahan untuk surfaktan yg kecil serta menggunakan bahan semulajadi sahaja untuk menjaga kesegaran dan kualiti berbanding sabun biasa.

Sabun homemade mengandungi gliserin, agen pelembab semulajadi yang diperlukan oleh kulit secara semulajadi berbanding sabun biasa tidak mengandung gliserin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Anda tentu menginginkan kulit yang baik dan tentulah tidak berbaloi jika wang yang dibelanjakan tidak memberikan pulangan yang setimpal.


Minyak semulajadi dalam sabun homemade ini dapat membantu memberi keseimbangan kelembapan dan kesegaran kulit secara natural.

 

Jumaat, 25 November 2016

Membuat Sabun Menambah Pendapatan


Minyak Zaiton

Minyak zaitun diperolehi dari biji zaitun. Pokok zaitun banyak di tanam di Negeri India Selatan. Minyak ini berwarna kuning dan juga boleh diperolehi dalam warna hijau.

Meskipun warnanya berbeda, minyak zaitun ini adalah bermutu tinggi jika dibandingkan dengan minyak tumbuhan yang lain. Tetapi dalam proses pembuatan sabun, minyak kelapa adalah lebih baik. Sabun-sabun yang diperbuat menggunakan minyak zaitun akan menghasilkan sabun yang berwarna putih bersih.

Minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menarik molekul air yang lebih berbanding dengan minyak lain. Oleh itu, sabun yang dihasilkan akan mempunyai saiz bentuknya yang lebih besar.

Minyak zaitun ini boleh dicampur dengan pelbagai jenis minyak yang lain untuk membuat sabun. Nisbah campuran minyak ini ialah 2 : 1 dengan minyak kelapa untuk membuat sabun. Minyak ini membeku pada hari yang sejuk.

Khamis, 24 November 2016

Menggunakan Hydrometer



Hydrometer adalah alat penting yang digunakan dalam penyediaan lye dalam pembuatan sabun. Setiap pembuat sabun perlu mahir menggunakan alat ini bagi memastikan bahan kimia yang terdapat di dalam lye adalah mencukupi sebagaimana keperluan. Ketepatan timbangan bahan kimia tidak semestinya memberikan keputusan yang tepat sebagaimana yang dikehendaki kerana bahan kimia mentah mempunyai beza peratusan ketulenannya.


 

Isnin, 21 November 2016

Belajar Membuat Sabun Untuk Menambah Pendapatan


Jika anda meluangkan sedikit masa di dalam pasaraya untuk melihat pilihan pengguna.

Hampir 70 peratus surirumah yang datang berbelanja akan menuju ke rak yang mempamirkan sabun.

Ramai pengguna yang baru membeli sabun pencuci yang dalam botol. Manakala yang telah biasa akan membeli sabun pencuci yang diisi dalam plastik refill.

Rata-ratanya mereka membeli sabun untuk kerja mencuci.

Jika anda berminat untuk menceburi bidang ini.

Jangan menangguhkan minat anda hingga anda melengahkan peluang untuk berjaya.

Berikan fokus kepada rancangan anda. Anda pasti akan rasa beruntung jika anda dapat melakukan yang terbaik. Siapa tahu, suatu hari nanti anda mempunyai sebuah kilang yang menghasilkan sabun dengan jenama sabun anda diguna oleh kebanyakkan penduduk di dunia ini.

Anda mampu melakukannya. Peluang sentiasa terbuka luas. 

Isnin, 7 November 2016

Pembuatan Sabun Secara Komersil

Sebelum revolusi perindustrian berlaku di Eropah, pembuatan sabun hanyalah secara kecil-kecilan sahaja. Andrew Pears mula membuat sabun berkualiti, sabun jernih dan transparen pada tahun 1789.


Pada tahun 1862, cucunya Francis Pears telah membuka kilang sabun di Isleworth.

Manakala pada tahun 1850an, William Gossage telah menghasilkan sabun berkualiti yang murah. Sabun serbuk atau sabun debu pula telah dibuat oleh Robert Spear Hudson, dengan menghancurkannya menggunakan alu dan lesung.


Pada tahun 1885, William Hesketh Lever dan adiknya, James telah membeli bengkel pembuat sabun yang kecil di Warrington, pasangan adik beradik ini adalah pengasas perniagaan sabun terbesar yang dikenali Unilever. Syarikat ini adalah perintis dalam membiayai peruntukan untuk mula melaksanakan kempen pengiklanan sabun secara besar-besaran.

Jadikan minat kreatif anda untuk mengadakan peluang pekerjaan kepada komuniti anda, pelajarilah Cara Membuat Sabun.

Siapa tahu, berkat anda menolong mengadakan peluang pekerjaan untuk orang yang menganggur tanpa pekerjaan. Natijahnya, suatu masa nanti sabun dengan jenama anda menguasai pasaran sabun dunia.

Khamis, 27 Oktober 2016

MEMBUAT SABUN KOPI


Hari ini saya akan memberitahu anda cara membuat sabun dengan haruman kopi, untuk kegunaan sendiri atau dijadikan cenderahati.

FORMULA SABUN KOPI

Bahan-bahannya:
Sabun Asas - Gliserin
Serbuk Kopi

Tepung Susu
Pewangi pati kopi

Cara-caranya:

Sabun Asas dicairkan dengan cara memanaskannya  hingga mencair. Alihkannya ke tepi dan masukkan serbuk kopi dan tepung susu, kacau hingga melarut sehingga menjadi bubur sabun yang sebati.




Selasa, 25 Oktober 2016

MEMBUAT SABUN KULIT KAYU MANIS YANG MENARIK

Untuk Kegunaan Sendiri, Hadiah atau Menambahkan Pendapatan
 

Hari ini saya akan memberitahu anda cara membuat sabun dengan haruman Kulit Kayu Manis, untuk kegunaan sendiri atau dijadikan cenderahati.

FORMULA SABUN KULIT KAYU MANIS

Bahan-bahannya:
Sabun Asas
Minyak Kulit Kayu Manis
Pewarna Merah (jika perlu)

Cara-caranya:


Sabun Asas dicairkan dengan cara memanaskannya hingga mencair. Alihkan dari api dan masukkan minyak kulit kayu manis dan pewarna, kacau hingga melarut sehingga menjadi bubur sabun.

Jika anda mahu anda boleh memasukkan kulit kayu manis sebagi hiasan tambahan dan tuang bubur sabun terus ke dalam acuan pilihan anda yang cantik yang telah dimasukkan kulit kayu manis. Biarkan membeku. Setelah membeku, keluarkan, bungkus dan letakkan dalam bekas. Wanginya .....

Sabtu, 22 Oktober 2016

MEMBINA ASET PADA JENAMA




MemPELAJARI cara UNTUK membuat sabun di rumah adalah salah satu peluang ANDA untuk memanfaatkan masa. Menukar masa kepada DUIT dan DUIT kepada EMAS. Untuk jadikan DUIT anda kena DO-IT. Anda benar-benar boleh memulakan perniagaan pembuatan sabun dan mula membuat beberapa pendapatan tambahan. 

Dalam dunia yg tercemar dengan radikal bebas. Manusia beralih untuk mencari bahan yang selamat. INilah peluangnya untuk ANDA yang MENCARI peluang .Terdapat pasaran yang besar bagi sabun semula jadi. 

Masa depan sabun organic diyakini apabila ramai orang memilih untuk bebas dari menghabiskan masa tua dengan berkunjung ke hospital akibat kesan penggunaan bahan-bahan yang mengandungi kimia berjadual. 

Di Negara maju, trend pengguna telah menunjukkan mereka beralih kepada produk yang mengandungi bahan semulajadi. Bayangkan sekilo minyak tumbuhan dapat menghasilkan lebih dari sekilo sabun dengan campuran bahan untuk pembuatan. Dan tentunya ANDA dapat menggANDAkan duit hanya dengan menukarkan minyak tumbuhan kepada produk. Inilah masanya. 

Isnin, 10 Oktober 2016

Rahsia Membuat Sabun

DAPATKAN SEKARANG
E-BOOK CARA MEMBUAT SABUN

Anda boleh mula membuat pelbagai bentuk sabun, serbuk, buku, cair yang antaranya memulakan untuk menghasilkan sabun cair di rumah.



Dengan pengetahuan yang anda miliki, jadikan botol-botol di atas ini diisi dengan produk sabun cair jenama anda sendiri.

Atau jika anda kreatif gunakan botol sabun rekabentuk eksklusif yang menarik ciptaan anda.

Siapa tahu, suatu hari nanti; jenama sabun cair keluaran anda akan berada di hypermarket ternama serta menguasai pasaran sabun dunia.



Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai info dan rahsia bagaimana anda dapat memulakannya. Sebarang pertanyaan, kemukakan kepada saya dengan mengisi borang pertanyaan di kolum tersedia.

Jumaat, 7 Oktober 2016

MEMBUAT SABUN MADU UNTUK KEGUNAAN SENDIRI

Membuat sabun untuk kegunaan sendiri sangat menyeronokkan dan amat berbaloi. Boleh dibuat pelbagai bentuk cetakan yang menarik. Selain kegunaan sendiri, jadikan cenderahati.

FORMULA SABUN MADU YANG CANTIK

Bahan-bahannya:
Sabun Asas Opaque
Beeswax (Lilin Lebah)
Madu Asli

Cara-caranya:

Cairkan beeswax dan biarkan mmencair dalam keadaan suam hangat.
Panaskan sabun asas Opaque hingga mencair dan campurkan bersama dengan beeswax.
Tambahkan madu asli (pastikan ianya yang benar-benar asli, jangan terkena sirap gula yang dilabel madu) kacau hingga melarut sepenuhnya.
Tuang bubur sabun itu ke dalam acuan pilihan anda yang cantik. Biarkan membeku. Keluarkan, bungkus dan letakkan dalam bekas yang eksklusif.

Nampak hebatkan. Wah ... boleh terus digunakan. Banyak lagi perkara kreatif boleh dibuat untuk menjadikannya cenderahati. Ada banyak lagi info untuk anda ..... >>>>

 

Rabu, 28 September 2016

Sabun Transparen


Sesuai untuk dijadikan cenderahati untuk kenangan pelbagai majlis seperti harijadi, perkahwinan dan sebagainya.


Menarik dan hasilkan pelbagai ciptaan anda.

Bahan-bahannya:
(Untuk sukatan dan maklumat, sila klik)

Tallow fatty acid / Lemak haiwan
Minyak Kelapa Sawit
Minyak Jarak
Lye
Ethanol
Gliserin
Larutan Gula
Pewangi Pilihan Anda.

Cara Membuat:

1. Sediakan larutan lye terlebih dahulu dengan mencampurkannya dan biarkan menyejuk hingga 60OC.

2. Campurkan Lemak Haiwan, Minyak Kelapa Sawit dan Minyak Jarak, panaskan dan kacau sehingga minyak melarut, kemudian campurkan larutan gula dan kacau hingga sebati.

3. Dalam bekas yang lain campurkan Larutan Lye yang telah disediakan dengan Ethanol, larutkan dan tuang dengan berhati-hati ke dalam adunan No.2.

4. Kacau sehingga menjadi bubur sabun, kemudian masukkan pewarna dan kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewangi dan kacau sekali.

5. Tuang bubur sabun ke dalam acuan dan biarkan ianya membeku semalaman.

DAPATKAN EBOOK ANDA SEKARANG.................

Sabtu, 6 Ogos 2016

Cenderahati Ukiran Sabun Eksklusif


Sesuai dijadikan cenderahati, menarik dan harum baunya.

Kepada anda yang berminat untuk menyerikan majlis dengan memberikan cenderahati atau untuk menambahkan pendapatan dengan menjual Ukiran Sabun.

Sila hubungi: hanizasahit@yahoo.com untuk mendapatkan katalog.


Pelbagai ukiran sabun yang pasti menawan hati.

Jumaat, 5 Ogos 2016

Sabun Cecair Pencuci Pekat

Luangkanlah masa anda sekejap untuk membaca blog ini, jika anda ingin menjadi orang yang berjaya. Peluang menambah pendapatan anda sekeluarga terbuka luas. Kesenangan memerlukan usaha, yang bulat tidak datang bergolek, dan amat pasti yang pipih tidak pula datang melayang.

Berusahalah untuk berjaya, kerana usaha tangga kejayaan. Saya berdoa anda akan terus berjaya dengan panduan yang bermanfaat yang diberikan. Temui anda dipuncak kejayaan.

Sebagai pengusaha sabun. Ramai yang menggunakan cecair pekat pencuci pakaian seperti Dynamo, Downy, Breeze, Attack, Daia, Ajax dan sebagainya.


Permintaan terhadap sabun ini amatlah tinggi dan inilah peluang anda untuk merebutnya dan seterusnya mencapai impian anda. Jika anda berhajat untuk berniaga dalam industri ini. 

Pasaran sabun sememangnya amat banyak seiring dengan pertambahan penduduk. Kedai dobi, restoran atau kedai makan ini lah masanya untuk anda hasilkan jenama sendiri dan menawan hati surirumah. 

Manakala, restoran memerlukan sekurang-kurangnya 40 liter cecair pencuci pinggan mangkuk seminggu. Jika sebulan 160 liter untuk 1 restoran. Bayangkan, jika anda dapat membekalkan sebanyak 20 restoran yang berurusan dengan anda. 

Bermakna anda perlu membuat 3,200 liter bahan pencuci pinggan mangkuk seminggu. Hari ini, berapa nilai sangatlah yang anda perlu laburkan untuk memiliki ilmu membuat sabun yang boleh memberi manfaat ekonomi kepada anda dan keluarga anda.

Rabu, 3 Ogos 2016

Sejarah Sabun Islam



Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam.

Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah.

Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra.

Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab.

Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan.

Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur.

Pada tahun 981AD, sabun dijual pada harga 3 dirham. Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal.

Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun. Contohnya; sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan.

Setelah masak, tuang dalam acuan dan membiarkannya menyejuk dan mengeras.

Selasa, 2 Ogos 2016

Pelbagai Jenis Sabun Anda

Sabun bukan hanya sekadar sabun! Terdapat pelbagai jenis sabun dengan pelbagai saiz, bentuk dan jenis. Industri sabun telah bermula dengan sabun buatan tangan dan terus berkembang menjadi perniagaan global. Ini semua pilihan anda kalau di hati anda telah pun terdetik untuk berjaya dalam bidang ini.

Pengeluar sabun sentiasa berusaha keras berfikir dan membuat kajian untuk menghasilkan resipi sabun baru.
Formula sabun yang dapat bersaing di pasaran serta dapat menarik minat pelanggan dengan memberikan pulangan berbaloi kepada pembeli sabun itu sendiri.

Kejayaan akan terus berkembang bila mana produk itu sendiri telah dapat menjual dirinya sendiri.

Bayangkan sabun penggunanya tidak terhad; untuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak walaupun dalam bentuk dan aroma yang tidak dapat dibayangkan dalam pelbagai variasi sama ada ketul atau cecair.

Mengambil pendekatan kesihatan atau menyerikan kulit misalnya sabun susu kambing, sabun betik dan sabun wangi pelbagai haruman daripada lavendar hinggalah kewangian epal misalnya!


Bagaimana caranya dengan mempamirkan sabun yang tersedia di dalam bekas yang eksklusif ?

Mungkin anda mempunyai idea untuk menghasilkan sabun dengan warna pilihan kelompok atau haruman atar yang menjadi pilihan jemaah haji. Terpulang kepada kreativiti anda.

Terdapat sabun untuk kegunaan peribadi iaitu, sabun badan, tangan, kaki atau sabun wajah atau sabun untuk cukuran. Ini adalah wawasan anda, dengan jenama yang bakal menguasai pasaran sabun dunia.

Kemudian terdapat juga sabun untuk kegunaan dobi, pinggan mangkuk, dan juga untuk mencuci kenderaan atau untuk membersihkan haiwan kesayangan anda dan keluarga!

Atau anda mungkin akan pergi lebih jauh dengan cita-cita anda untuk menghasilkan sabun eksklusif yang mahal harganya bagi menghasilkan sabun mencuci muka hypoallergenic yang hanya terdapat di kaunter penjagaan kecantikan.

Orang yang berjaya hanyalah orang yang ada kecenderungan untuk berjaya dan terus bertindak tanpa bermula dengan titik henti.

 

Isnin, 1 Ogos 2016

Minyak Biji Sawi



Minyak biji sawi adalah berwarna kuning. Minyak ini terpaksa dicampur dengan minyak kelapa dalam kadar yang sesuai bagi membuat sabun. Minyak biji sawi sendirinya tidak boleh digunakan untuk membuat sabun.

Bahagian paling banyak digunakan ialah bijinya. Biji sawi berbentuk bulat, berwarna coklat kehitaman dan kira-kira satu mililiter besar. Nama biji sawi ini berasal dari Mesir.

Biji yang kering tidak mengeluarkan sebarang bau tetapi memiliki bau yang agak tajam selepas dikunyah beberapa ketika.Seperti biji-biji yang lain biji sawi mengandungi minyak lemak (30 peratus),yang digunakan secara meluas di india untuk tujuan memasak.

Biji sawi lebih banyak digunakan sebagai rempah dan minyak terutama di India.Minyak sawi amat perpular di utara India dan dalam masakan Benggali. Biji sawi juga boleh dijadikan sebagai rempah secara terus dan baunya hilang sebaik dimasak. Berikutan itu biji sawi ini perlu dimasukkan selewat mungkin.

Masyarakat India akan mengoreng dan memanggang biji ini sehingga rasanya akan berubah menjadi rasa kacang dan itulah keistimewaan sebenar biji ini yang menjadi sanjungan masyarakat India selatan. Antara masakan India selatan yang menggunakan biji sawi ialah Tadka yang merupakan mentega wangi.

Sabun yang dibuat dengan mencampur minyak ini adalah berwarna kuning. Ianya sangat sesuai dibuat campuran dalam rumusan sabun kerana mempunyai sifat yang berjegang dan dapat membersih dengan amat baik sekali.

Rabu, 30 Mac 2016

Tambah Pendapatan Dengan Sabun Organik



Ketahuilah cara-cara untuk menghasilkan sabun organik buatan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan dari sumber alam semulajadi seperti buah-buahan yang sememangnya diketahui mempunyai pelbagai khasiat.


Sabun organik telah mula menjadi pilihan generasi kini. Ada yang telah beralih untuk menggunakan sabun organik dengan alasan untuk tidak menggunakan sabun yang diperbuat dengan menggunakan bahan kimia. Inilah masanya yang paling sesuai untuk anda yang berminat menggunakan sabun organik buatan sendiri.

Bahan-bahan semulajadi seperti minyak tumbuhan, kelapa, kelapasawit, minyak zaitun, jarak, dengan penggunaan sireh, daun jambu, madu, kayu manis, kunyit dan sebagainya.

http://carabuatsabun.blogspot.com/p/pesanan.html











Selasa, 29 Mac 2016

Sejarah Pembuatan Sabun Moden

Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun Castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan. Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak jojoba.

Dalam masa moden ini, penggunaan sabun telah meluas kerana pengetahuan mengenai peranan kebersihan dalam mengurangkan saiz populasi organisma patogenik. Pengeluaran sabun ketul yang pertama secara besar-besaran mula berlaku pada kurun ke 19 dan pada waktu itu pengiklanan produk ini mula berkembang.

Isnin, 28 Mac 2016

Membuat Sabun Buku Sendiri



Inilah masanya, untuk anda mencipta nama dengan menghasilkan sabun bagi kegunaan sendiri, keluarga, dijadikan hadiah atau peluang untuk anda menambahkan pendapatan dengan jayanya. Jangan berlengah lagi. Bertindaklah sekarang.


Ahad, 27 Mac 2016

Sabun Buku – Mandi



Berikut adalah formula untuk membuat sabun buku secara proses sejuk iaitu tanpa pemanasan haba.

Bahan-bahan:-

1. Minyak Kelapa Sawit, 200 gm
2. Minyak Zaitun, 20 gm
3. Kostik Lye, 114 gm
4. Warna Pilihan, 1 gm
5. Minyak Wangi Pilihan, sedikit

Cara-caranya:

Gunakan bekas plastik bersaiz 1 kg.

Penyediaan pewarna; masukkan sedikit minyak kelapa sawit ke dalam cawan dan masukkan pewarna. Kacau sehingga pewarna itu larut sepenuhnya. Gunakan kain nipis yang bersih tapis larutan berwarna itu dan masukkan ke dalam campuran minyak kelapa sawit dan minyak jarak dalam bekas plastik dan dengan menggunakan sudip kecil kacau sekurang-kurangnya 3 minit atau sehingga minyak itu larut sepenuhnya. Tuangkan Lye dan kacau selama 3 minit, rehat 30 saat dan kacau lagi 3 minit, rehat 30 saat dan kacau 3 minit lagi. Anda akan dapati bubur sabun terbentuk dengan baik sekali. Tuangkan minyak wangi pilihan anda dan kacau sekali.

Tuang bubur sabun itu ke dalam acuan yang telah dilapik dengan plastik nipis. Biarkan bubur sabun itu untuk membeku semalaman. Keesokkan harinya, keluarkan dan potong menggunakan pisau nipis atau pemotong agar.

Bungkus dalam kertas yang menarik dan perkenalkan kepada rakan-rakan anda. Sabun buku buatan anda yang pastinya hebat.

Untuk Maklumat Tentang Bahan-bahan dan Kaedah Penyediaan Lye Ikuti Cara Membuat Sabun

Khamis, 17 Mac 2016

Bahan Kimia Untuk Sabun




Untuk membuat sabun tiga bahan yang paling penting diperlukan ialah ;

1. Minyak
2. Lye
3. Air bersih

Sabun tidak dapat dibuat tanpa tiga bahan itu. Manakala, untuk membuat sabun secara kecil-kecilan atau industri kecil dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan yang diperlukan ialah :-

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Wangian

Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Wangian digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi dan tidak perlu dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya digunakan dalam sabun murah sahaja. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

Senarai pembekal bahan kimia ada saya letakkan dalam blog yang kedua saya, akses akan diberikan kepada setiap pembeli ebook.

Rabu, 16 Mac 2016

Faedah Menggunakan Sabun Mandi Buatan Sendiri


  • Sabun buatan sendiri tidak sahaja membersihkan, ia juga mengandungi lebihkurang 25% gliserin.
  • Gliserin boleh melembab, melembut, menyejuk dan meminyaki sel-sel kulit anda.
  • Sabun buatan sendiri lebih lembut berbanding sabun industri, kerana ianya mengandungi gliserin yang tersedia.
  • Memandangkan gliserin mahal, ianya telah diasingkan oleh pihak industri untuk dijual.
  • Kualiti sabun mandi buatan sendiri dapat melebihi sabun yang di beli di pasar raya, selain harganya lebih murah.
  • Dengan membuat sabun sendiri anda boleh merumuskan mengikut apa yang anda inginkan, sama ada dari segi warna, keharuman atau kandungan tersedia.
  • Membuat sabun sendiri sangat mudah dan penuh kreativiti. Sabun mandi buku ini boleh dijadikan hadiah untuk teman serta saudara-mara.
  • Anda boleh memulakan projek kraftangan sendiri dan menambahkan pendapatan.

Selasa, 15 Mac 2016

Pengecap Sabun Permulaan Bisnes



Terpulang kepada anda untuk mencetak logo atau jenama bagi sabun keluaran anda.

Selasa, 1 Mac 2016

Cara Membuat Serbuk Pencuci


Antara serbuk pencuci yang terdapat di pasaran.

Pada masa kini, penggunaan serbuk pencuci adalah lebih berbanding sabun buku untuk mencuci pakaian. Serbuk pencuci menjadi pilihan kerana ianya lebih mudah digunakan. Selain mencuci kain, serbuk pencuci digunakan untuk mencuci lantai, dinding, dapur dan peralatan untuk memasak dan pinggan mangkuk. Perbezaan kegunaan memerlukan penggunaan bahan kimia yang berbeza bagi mencekapkan kerja-kerja pembersihan untuk membuang kekotoran. Kandungan kimia tertentu untuk tindakan pembersihan tertentu.

Penggunaan serbuk pencuci menjadi meluas setelah perang dunia kedua. Penggunaan bahan kimia terbitan “Petro Chemicals”. Permintaan terhadap keperluan bahan cucian jenis yang baru terjadi berikutan pada masa tersebut kain-kain Wollen, Sutera serta kain-kain sintetik seperti Terlin, Tetron mula diperkenalkan dalam masyarakat. Sabun buku tidak dapat mencuci kain jenis baru dengan cekap.

Penemuan bahan kimia baru telah menghasilkan serbuk pencuci yang dapat membersihkan kotoran pada kain jenis sintetik dengan lebih bersih bercahaya. Serbuk pencuci ini bukan sahaja membersihkan kain jenis baru tetapi mampu melakukan kerja-kerja pembersihan sedia ada dengan lebih baik. Permintaan terhadap serbuk pencuci di seluruh dunia telah meningkat berikutan kecekapan dan dapat digunakan dengan lebih mudah. Pelbagai jenama terdapat di dalam pasaran seperti Fab, Hola, Breeze, Drive, Harimau, dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pengguna. Proses pembuatannya menggunakan jentera dan kimia, dengan kawalan pengeluaran menjadikan serbuk pencuci bermutu dikeluarkan.

Antara serbuk pencuci yang didapati dalam bungkusan bag adalah serbuk pencuci untuk mencuci kain dan pakaian, dan untuk mencuci lantai simen dan sebagainya.

Serbuk pencuci boleh diperolehi dibungkus dalam botol-botol plastik untuk mencuci pinggan-mangkuk dan alat perkakas dapur. Antara jenama Serbuk Pencuci ialah Vim Powder.

Maklumat pembuatan : Dapatkan info dengan menghantar email ke: trilionwan@yahoo.com

Ahad, 7 Februari 2016

Ubat Gigi Jenama Anda

Ubat gigi atau toothpaste adalah produk penjagaan diri yang diguna oleh hampir semua orang. Setiap pagi anda pasti menggunakannya. Ramai antara kita yang akan memberus gigi terutama ketika mandi pagi, selepas makan tengahari dan sebelum tidur malam.

Gigi yang cantik dan menarik adalah idaman setiap orang. Tidak hairanlah, ubat gigi adalah barangan top yang ada dalam senarai pembelian barangan keperluan. Inilah peluang, rebutlah peluang kerana tidak ramai orang yang menceburi bidang ini.

Produk yang mempunyai tempoh bertahan lama tidak seperti ikan dan sayur atau makanan yang cepat reput.

Produk yang baik akan mudah mempunyai pelanggan tersendiri apatah lagi jika ianya dibuat dengan menggunakan bahan yang selamat untuk digunakan serta dibuat mengikut keperluan syarak. Nah, anda mengambil peluang ini untuk kesejahteraan ummah.

Jangan berlengah lagi, belajarlah secara praktikal untuk membuat UBAT GIGI dan keluarkan produk atas JENAMA anda. Mencari pelanggan .... peniagaan online satu-satunya pilihan untuk memasarkan produk anda yang mampu dilihat ianya bertaraf dunia.